Jika engkau bertanya tentang Al-Quran kepada iblis, dia akan menerangkan dengan sangat jelas, kerana iblis tahu bila ayat itu turun dari langit...
Jika engkau bertanya tentang ilmu hadith kepada iblis, dia akan menjelaskannya,
kerana iblis tahu asbabul wurud dari hadith itu...
Jika engkau bertanya tentang kisah para nabi, iblis akan dapat menceritakannya kerana dia sudah ada sejak nabi Adam masih berada dalam syurga...
Iblis ahli Quran...
Iblis ahli hadith...
Iblis ahli riwayat...
Iblis ahli ibadah...
Iblis alim/pandai dalam segala ilmu...
Tapi iblis tidak pernah menjadi kekasih Allah, kerana dalam diri iblis ada kalimat...
“AKU LEBIH BAIK DARI KAMU”
Semoga sedikit ilmu yang dititipkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dihati kita tidak menjadikan kita sombong dalam segala urusan...
Kita juga akan faham bahwa ilmu tak menjamin seseorang itu menjadi taat dan soleh serta di kasihi Allah.
Yang aku takut...
hatiku kian mengeras dan sukar menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati orang lain..
Yang aku takut...
aku merasa paling benar, sehingga merendahkan yang lain.
Yang aku takut...
ego ku terlalu tinggi, hingga merasa paling baik di antara yang lain.
Yang aku takut...
aku lupa bercermin diri sendiri, namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.
Yang aku takut...
ilmuku akan membuatku menjadi sombong dgn memandang yang lain lebih rendah ilmunya dari ku.
Yang aku takut...
lidah ku makin lincah membicarakan aib orang lain, namun lupa dengan aib ku yang menggunung.
Yang aku takut...
aku hanya hebat dalam berkata namun buruk dalam perbuatan.
Yang aku takut...
aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbaiki diri sendiri.
Yang aku takut...
aku membenci dosa orang lain, namun bila aku sendiri yang membuat dosa aku tidak pula membencinya.
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa menyedarkan ku sehingga aku lebih rajin menilai kelemahan dan keburukan diri ku sendiri daripada menilai keburukan orang lain. Aamiin...
SELALULAH MELIHAT KE DALAM HATI...
Kita nie,usah melebihi segala tindakan melebihi Rasulullah S.A.W.
#SelamatMenunaikanIbadahPuasa
#10malamAkhirRamadhan 💐😎😍
Gambar Hiasan
Syakir Ismail
27 Mei ·
#Syakir Ismail